Monday 15 April 2019

Al-Imran Ayat 136


Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 136:

Ringkasan tafsir;
Lanjutan  sifat-sifat orang yang bertakwa seperti disebut dalam ayat 4.3.135 itu, yang mana apabila berbuat kejahatan dan menganiaya diri-diri mereka sendiri, maka cepat-cepat mereka itu mengingat Allah lalu bersegera meminta ampun dan bertaubat.
Orang seperti ini akan mendapat balasan keampunan daripada Allah dan masuk syurga yang mengalir sungai-sungai didalamnya dan berkekalan tinggal disana. Itulah syurga sebagai upah yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh dan mentaati Allah. 

.
[previous] [next] [home] 

.
Rujukan sumber,

Juzuk4, Surah3 
Terjemahan, 131~150,
[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      



Tuesday 19 July 2016

Surah AlBaqarah (171~172)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 171:
Ringkasan tafsir;
Lanjutan ayat diatas (2.2.170), Allah memberi contoh kepada mereka bahawa mereka itu seperti binatang ternak digembala oleh penggembala, yang mana binatang ternak tak tahu apa pun suara yang didengarkan dari penggembala itu seolah-olah mereka itu buta hati seperti binatang ternak.

.
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 172:
Ringkasan tafsir;
Allah menyuruh orang yang beriman supaya makan makanan yang baik-baik diantaa rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada Mukmin dan berterima kasihlah kepada Allah jika benar-benar kamu menyembah Allah.
.
Makanan itu hendaklah ;
1. Baik mutunya.
2. Baik kerana halal dimakan.  .... (lihat juga ayat 2.2.168)
.
Al kisah seorang penggembara (musafir) belayar dengan keadaan pakaian yang lusuh lagi busuk dan makan makanan yang tidak bersih lagi haram, dan musafir itu berdoa kepada Allah ;
“Ya Rabbi ! Ya Rabbi !”. 
Apakah doa nya itu akan direstui dan diterima oleh Allah ?.



.
[Previous] [Next]
,
Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat  171~180,
 [GS] https://sites.google.com/site/melawatmekkah/home/1
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan,

[G+] https://plus.google.com/112499729013482139702/posts/D8DbkVLFpxC





.